KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan penggunaan air daripada pili bomba untuk tujuan kecemasan dan atas kepentingan awam dibenarkan.
Menurut kenyataan itu, Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, AKSB selaku pemegang lesen perkhidmatan air hendaklah membenarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengambil air bagi memadamkan kebakaran daripada mana-mana sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba.
Sementara itu, Seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1998 membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya (AKSB) untuk menggunakan mana-mana pili bomba atau aliran air kepadanya.
Persefahaman dengan JBPM telah dibentuk berkenaan hal ini khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan atas kepentingan awam.
Media pada Ahad melaporkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan beliau mencuri air daripada pili bomba sebagaimana tular sejak semalam.
Siti Zailah melalui kenyataan di Facebooknya berkata, bekalan itu merupakan saliran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sudah mendapat kebenaran syarikat terbabit.
Beliau memberitahu, kerja-kerja menyediakan bekalan air itu mendapat kerjasama daripada Balai Bomba Rantau Panjang bagi memenuhi keperluan rakyat dengan segera. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023
Persefahaman dengan JBPM telah dibentuk berkenaan hal ini khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan atas kepentingan awam. - Gambar hiasan
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] PM Slovakia digegaskan ke hospital selepas ditembak
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico digegaskan ke hospital selepas ditembak seorang lelaki pada Rabu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh media kerajaan TASR memaklumkan bahawa pemimpin itu mengalami kecederaan selepas ditembak di House of Culture, tempat beliau bermesyuarat.
Lapan maut, bas bertembung pikap di utara Florida
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lapan yang lain parah selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak pikap di utara Florida pada Selasa.
Pemimpin dunia kutuk serangan terhadap PM Slovakia
Pemimpin-pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan terhadap Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang mana tindakan itu dianggap sebagai serangan ganas yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan serta mempersendakan kuasa demokrasi dunia. Kecaman dan doa dititipkan oleh pemimpin dari pelbagai negara dalam laman media sosial 'X' selepas menerima berita insiden mengejutkan itu.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Lebih 48,000 pengguna di Pasir Mas, Tumpat alami gangguan bekalan air
Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.
AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.
Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
AKSB akan selesai masalah paip bocor menerusi pelarasan tarif air baharu
Dengan pelarasan tarif air baharu ini, kerja-kerja pembaikan paip bocor akan dapat dipercepatkan.
Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.
AKSB bukan tutup kaunter, tapi kakitangan ke tandas - Mohd Amar
Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.
Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).